Jumaat, 4 Jun 2010

Mesyuarat AJK Induk - 2/2010

Mesyuarat AJK Induk KRT Taman Intan diadakan pada 04 Jun 2010 mulai jam 5.00 petang di Dewan Orang Ramai Taman Intan.

Mesyuarat meluluskan :

a.    Perlantikan Pengerusi dan AJK Tunas Jiran yang baru.
b.    Peruntukan pembelian Vaccum Cleaner sebanyak RM200.00 untuk kegunaan muslimah menjalankan gotong royong kerja membersihkan masjid baru Taman Intan yang dijadualkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua setiap bulan.
c.    Peruntukan perbelanjaan kursus memasak sebanyak RM500.00 sebagai pembiayaan kenderaan dan minuman. Kos kursus ditanggung sendiri oleh ahli
d.    Peruntukan pembelian Radio-Cassette untuk Tai Chi sebanyak RM200.00 untuk digunakan semasa senaman.

.