Isnin, 11 April 2011

Belajar Bahasa Arab


KRT Taman Intan menganjurkan 'Kelas Bahasa Arab' untuk warga Taman Intan yang berminat. Kelas dianjurkan bersama dengan Kolej Komuniti Sungai Petani yang menyediakan tenaga pengajar.

Kelas diadakan di bilik mesyuarat Masjid Taman Intan dan dihadkan kepada kaum muslimah sahaja. Kelas dimulakan pada jam 09.00 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari Isnin dan hari Selasa.

Kelas bermula pada Isnin 11 April 2011 dan akan berlangsung selama tiga bulan. Setakat ini seramai 32 orang muslimah telah mendaftar dan mengikuti kelas tersebut. Setiap peserta dikenakan bayaran minima RM10.00 seorang. Peserta perlu membeli bahan seperti buku untuk latihan dan buku rujukan tambahan.

Beberapa kekurangan telah dikenal pasti termasuk ketiadaan kelengkapan seperti white board, marker pen dan pemadam. Juga peserta terpaksa duduk bersila diatas lantai. Pihak KRT akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dan akan membuat soal selidik dan kajian samada tempat belajar boleh di pindahkan ke Dewan Sri Intan. Dewan tersebut mempunyai  kelengkapan termasuk kerusi meja dan whiteboard yang sesuai untuk pembelajaran.