Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Berpuasa

KRT Taman Intan mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua warga Taman Intan yang beragama Islam. Semoga amalan pada bulan puasa ini akan diterima Allah dan dapat mensucikan diri dengan dengan amalan tersebut.


Bersamalah kita mengimarakkan Masjid Taman Intan. Ini adalah tahun kedua kita dapat melakukan solat Tarawikh di masjid yang dibuka pada April 2010. Juga buat kali keduanya, Imam untuk sembahyang Tarawikh adalah seorang pelajar Tahfiz dari Timur Tengah yang pernah mengimamkan sembahyang Tarawikh pada Ramadhan tahun lepas.

Masjid juga mengadakan Tadarus Al Quran selepas selesai solat Tarawikh.

Disamping itu Masjid Taman Intan menyediakan 'bubur lambuk' yang diberikan kepada orang ramai sebagai sedekah jariah sempena bulan puasa ini.  Bubur akan diedarkan kepada orang ramai selepas Solat Asar setiap petang.

Dana untuk penyediaan bubur lambuk ini adalah sumbangan anak anak kariah dan orang ramai. Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan bolehlah berbuat demikian kepada AJK masjid pada bila bila masa. Lebih mudah pada sebelah petang selepas Solat Zuhor.

Masjid juga menyediakan jamuan berbuka puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini. Jamuan hanya untuk 60 orang sahaja termasuk lelaki dan wanita.

.... SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA ...