Sabtu, 11 Februari 2012

Penyampaian Sijil Kursus Bahasa Arab

Hari penyampaian sijil Belajar Bahasa Arab untuk ahli ahli Jiran Wanita KRT Taman Intan diadakan pada hari Sabtu 11 Feb. 2012. Majlis penyampaian sijil di adakan di Pusat Rawatan dan Pemulihan Nur Al Barakah, Kampung Haji Kudung, Kota Kuala Muda. Ia diadakan dipusat ini kerana pengajar yang dilantik oleh Kolej Komuniti Sungai Petani iaitu Ustaz Mat Tormizi Bin Md Arof adalah pengasas pusat ini. Kebetulan ada program yang dianjurkan dan kesempatan ini digunakan untuk penyampaian sijil kursus Bahasa Arab.

Sijil disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani mewakali pengarah kolej tersebut yang tidak dapat hadir.

Jiran Wanita KRT telah menganjurkan kursus Bahasa Arab untuk kaum wanita Taman Intan dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Petani. Kursus diadakan di Masjid Taman Intan dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan hari Selasa. Setiap kuliah berjalan selama dua jam mulai 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pihak Kolej Komuniti Sungai Petani menyediakan tenaga pengajar tetap. Bahan bahan pembelajaran seperti buku teks dan buku latihan juga disediakan secara percuma. Bahan rujukan dan latihan tambahan disediakan dengan kos yang minima.

Kursus Bahasa Arab anjuran KRT Taman Intan dan Kolej Komuniti Sungai Petani telah bermula pada bulan Mac 2011 selama tiga bulan untuk peringkat pertama. Peringkat Kedua telah bermula pada penghujung bulan September 2011.

Peringkat seterusnya iaitu peringkat ketiga akan bermula pada bulan Mac 2012.Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. Seramai 36 orang wanita mendaftar.