Rabu, 11 September 2013

Mesyuarat AJK

Satu mesyuarat AJK KRT Taman Intan diadakan pada hari Rabu 11 September 2013 jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Seri Intan, Taman Intan.

Pada mesyuarat ini diterangkan kenapa Jamuan sambutan hari raya Aidil Fitri tahun ini tidak dapat diadakan diatas alasan tiada tarikh sesuai. Ramai penduduk yang mengerjakan kenduri kahwin dan jamuan rumah terbuka. Ada cadangan diterima untuk mengadakan jamuan selepas hari raya Aidil Adha dan jamuan Deepavali pada bulan November nanti.

Mesyuarat menetapkan tarikh untuk mengadakan program kesihatan bersama dengan Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani. Perbincangan telah diadakan dengan pihak klinik dan telah dipersetujui untuk mengadakan ceramah pendek mengenai kesihatan dan demonstrasi pencucian tangan.