Ahad, 15 Disember 2013

Futsal Remaja 2013

KRT Taman Intan mengadakan 'Pertandingan Futsal Remaja di bawah 18 tahun' pada Ahad 15 Disember 2013. Perlawanan diadakan di padang Dewan Seri Intan Taman Intan bermula pada jam 8.30 pagi.

Pertandingan futsal ini berupa acara tahunan yang dianjurkan oleh KRT Taman Intan sempena dengan cuti persekolahan setiap penghujung tahun. Ia dianjurkan oleh Jiran Muda KRT Taman Intan.

Selain pasukan dari Taman Intan, pasukan remaja dari beberapa taman berhampiran turut dijemput menyertai pertandingan ini untuk memeriahkan dan mengeratkan perpaduan diantara taman di kawasan ini. Pasukan terdiri dari pelbagai kaum sebagai tanda perpaduan remaja dikawasan ini.

Sebanyak lapan pasukan yang terdiri dari tujuh pemain menyertai pertandingan futsal ini. Pasukan yang mengambil bahagian terdiri dari:

1     Taman Intan - 5 pasukan
2     Taman Sinar Intan - 1 pasukan
3     Taman Pekan Baru - 1 pasukan
4      Taman Delima - 1 pasukan

KRT menyediakan tempat dan peralatan pertandingan, sarapan serta minuman.

Hadiah disediakan untuk :

Tempat Pertama : Hamper dan sebiji bola  Futsal       
Tempat Kedua : Hamper
Tempat Ketiga : Hamper
Peserta : Sijil Penyertaan

Pertandingan ini amat berjaya dan dapat mencapai matlamat dan tujuan KRT untuk mengeratkan perpaduan dikalangan penduduk amnya dan remaja khasnya. Semua remaja memberikan semangat kesukanan yang tinggi dan dapat bekerjasama dalam berpasukan.

Remaja mengharapkan pertandingan ini dapat dianjurkan setiap tahun sempena dengan musim cuti sekolah dan selain itu dapat mengadakan pertandingan sukan lain seperti takraw, kayuhan berbasikal dan bowling.

Juga diharapkan agar padang permainan bersimen dapat diperluaskan mengikut saiz padang futsal sebenar dan jaring menghalang bola dari jatuh kelongkang dan jalan raya dapat diadakan dengan sempurna.














Diucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta pertandingan futsal remaja 2013 dan kepada semua AJK KRT Taman Intan yang memberikan kerjasama dan sumbangan kearah kejayaan pertandingan ini.