Jumaat, 3 April 2015

Mesyuarat AJK - Kem Kesihatan

AJK KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat pada hari Jumaat 03 April jam 5.30 petang untuk membincangkan meluluskan peruntukkan program Kem Kesihatan - pemeriksaan kesihatan percuma untuk warga Taman Intan.

Program tersebut akan diadakan pada hari Sabtu 11hb April 2015 mulai jam 8.30 pagi. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti banner dibawah.

Mesyuarat bersetuju meluluskan perbelanjaan yang dibentangkan untuk program kesihatan tersebut. Perbelanjaan melibatkan :

1.     Jamuan ringan untuk kakitangan klinik kesihatan, peserta dan AJK KRT
2.     Cenderahati kepada petugas kesihatan
3.     Sewaan lokasi
4.     Sewaan kerusi dan meja
5.     lain lain.




Semua penduduk Taman Intan dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma.