Isnin, 10 Ogos 2015

Mesyuarat AJK - Majlis Semarak Perpaduan Merdeka Raya

KRT mengadakan mesyuarat AJK pada hari Isnin 10 Ogos 2015 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di No.68 Lorong Intan B/6 Taman Intan.

Mesyuarat membincangkan tentang majlis yang akan dianjurkan oleh JPNIN Kuala Muda dan meluluskan peruntukan menyediakan jamuan yang akan disumbangkan oleh KRT Taman Intan. Mesyuarat juga membincangkan apakah jenis makanan yang akan disumbangkan. Majlis tersebut adalah : 

'Majlis Semarak Perpaduan Merdeka Raya dan Program Pintar Kreatif sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 peringkat Daerah Kuala Muda'

Tarikh :         13 Ogos 2015 (Khamis)
Masa :           0800 pagi hingga 2.30 petang
Tempat :        Tempat Letak Kereta Dataran Zero Kilimeter, Sungai Petani

Seramai 10 orang AJK dijemput dan mereka dikehendaki hadir pada jam 10.30 pagi dengan memakai pakaian seperti diarahkan.