Khamis, 11 November 2010

Mesyuarat IWK/4 - Program Mesra IWK

Mesyuarat kali terakhir untuk program 'Mesra Bersama Pelanggan' anjuran Indah Water Konsortium sebelum tarikh program pada Sabtu 13 November 2010. Mesyuarat bermula pada jam 9.30 malam dan diadakan di Dewan Taman Nilam. Selain dari AJK Taman Nilam, wakil dari KRT Taman Intan, Taman Emas Suria dan Taman Delima, pihak Indah Water Konsortium menghantar empat orang wakil.

Mesyuarat ini menyemakkan semua persiapan secara terperinci supaya semua yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang.
  • Kebersihan padang oleh E-Idaman
  • Persediaan khemah utama, khemah untuk pameran, pentas, khemah pelawat dan peserta yang disediakan oleh MPSPK
  • Bilik untuk pemeriksaan kesihatan dibangunan tadika
  • Tempat makan VVIP di dewan
  • Penyediaan makanan dan minuman untuk sessi pagi, tengahari dan malam
  • Kelengkapan sukan termasuk haiah
  • Ceramah agama yang akan diadakan di surau Taman Nilam
  • Bantuan Pasukan Bulan Sabit Merah dari Sekolah Menengah Tunku Ismail
  • Kumpulan keselamatan tempat
  • Pasukan Silat, Tai Chi dan Silambam akan akan mengadakan demostrasi
  • serta lain lain keperluan
Pihak Indah Water turut membahagikan T-Shirt berwarna merah untuk dipakai oleh AJK yang akan bertugas pada program tersebut. Sebanyak 5 helai T shirt diperuntukkan kepada KRT Taman Intan dan 5 helai lagi untuk kumpulan Tai Chi.