Sabtu, 6 November 2010

Mesyuarat AJK Induk - 5/2010

.
Mesyuarat AJK Induk KRT Taman Intan diadakan berturut  turut dengan mesyuarat Jiran Usia Mas pada Sabtu 06 Nov 2010 mulai jam 0500 petang di dewan Sri Intan.

Apabila semua yang hadir memasuki dewan, satu kejutan menunggu. Pintu sebelah belakang dewan didapati telah dipecahkan. Pemeriksaan mendapati kesan dewan dimasuki orang dan menggunakan tempat tersebut untuk tujuan yang tidak sihat. Beberapa cermin tingkap dipecahkan. Walau bagaimanapun kebanyakkan barang barang masih ada ditempat asal kecuali kabinet yang dipecahkan.

 Mesyuarat menbicangkan beberapa isu penting untuk tindakan AJK.

1.     Hari Kesihatan

        Hari kesihatan yang dirancang dan dicadangkan oleh Jiran Usia Emas pada akhir tahun terpaksa dibatalkan kerana pihak Klinik Kesihatan mempunyai jadual dan program yang agak sibuk menjelang hujung tahun. Juga bajet untuk sesetengah ujian seperti 'pep smear' juga hampir kehabisan dan mungkin tidak dapat diadakan pada program Hari Kesihatan

        Dicadangkan agar rancangan hari kesihatan dimasa depan diadakan lebih awal  sebelum pertengahan tahun untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

       Seramai 8 orang jiran wanita KRT Taman Intan telah melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita 2010 yang telah diadakan pada 04 Nov 2010 di Klinik Kesihatan Bakar Arang. Bagi mereka yang tidak berpeluang dan berkesempatan, mereka boleh  membuat pemeriksaan pada satu lagi kem kesihatan yang dianjurkan bersama oleh IWK (Indah Water Konsortium) dan KRT. Program tersebut akan diadakan pada Sabtu 13 Nov 2010 di Dewan Taman Nilam, Sungai Petani. KRT Taman Intan terlibat sebagai penganjur bersama.


2.      Uniform

        Mesyuarat bersetuju untuk membuat uniform baru untuk AJK mengantikan uniform lama yang telah berusia lebih 6 tahun. Walaubagaimanapun ia ditangguhkan sehingga perlantikan AJK baru untuk sessi 2011 dan  2012.


3.     Lawatan Sambil Belajar

       Program lawatan untuk ahli KRT yang di rancang pada bulan November ini terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca iaitu musim hujan dan banjir yang melanda negara sekarang ini. Mesyuarat bersetuju untuk menangguhkan laatan tersebut hingga keawal tahun 2011.

       Lawatan anjuran JPNIN ke Sabah sedang dirancang untuk tahun 2011. KRT Taman Intan memohon untuk diberi peruntukkan kepada 10 orang ahli menyertai lawatan tersebut.


4.    Pelantikan AJK Rukun Tetangga

      Pihak JPNIN telah menghantar surat untuk mengemukakan Cadangan Senarai Nama Perlantikan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk menggantikan AJK yang akan tamat tempoh pada 31 Disember 2010.

       Cadangan senarai tersebut hendaklah dihantar ke pejabat JPNIN Kuala Muda dengan mengisi borang B pada atau sebelum 21 November 2010.

        Semua AJK diminta mengemukakan senarai tersebut kepada pengerusi secepat mungkin dan membuat cadangan senarai individu yang mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi serta dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Rukun Tetangga.


5.      Borang Penilaian Prestasi

        Juga pihak JPNIN menghantar Borang Penilaian Prestasi KRT bagi Tahun 2010 yang mesti diisi dan dikembalikan semual sebelum 05 Januari 2011.


 6.     Program Majlis Bersama Penduduk Taman Nilam dan Taman Taman Sekitar

        Program ini adalah program tahunan  IWK sebagai salah satu khidmat sosial masyarakat. Pada tahun ini IWK memilih Taman Nilam untuk bahagian selatan Negeri Kedah. Program dianjurkan oleh KRT Taman Nilam dengan kerjasama KRT Taman Taman sekitar iaitu Taman Delima 1, Taman Delima 2,  Taman Semarak, Taman Arked, Taman Emas Suria dan Taman Intan.

       Antara program yang akan dilakukan termasuk Demostrasi Senamrobik, Tai Chi, Sukaneka, Pameran, Pemeriksaan Kesihatan dan Ceramah Agama. KRT Taman Intan akan mengambil bahagian dalam persembahan Tai Chi. AJK diminta memberikan sokongan sepenuhnya pada program ini dan menghebahkan kepada jiran dan rakan untuk bersama hadir pada hari tersebut.

       Mesyuarat juga diberitahu bahawa KRT telah mengeluar perbelanjaan sebanyak RM150.00 sebagai subsidi baju ahli kumpulan Tai Chi yang akan mengambil bahagian persembahan senaman Tai Chi pada program tersebut.


AJK diingatkan bahawa mesyuarat selanjutnya akan diadakan pada 10 Disember 2010 jam 5.00 petang bertempat di Dewan Sri Inntan.