Ahad, 5 Disember 2010

Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu

.
Klinik Kesihatan Bakar Arang menganjurkan kursus penyusuan ibu untuk NGO Daerah Kuala Muda pada 05 Disember 2010 bertempat di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan mulai jam 09.00 pagi hingga 2.00 petang. Peserta kursus adalah kaum ibu/wanita dari beberapa taman perumahan di bawah klinik kesihatan Bakar Arang. Tujuan kursus adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu ibu tentang kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi.

KRT Taman Intan pada mula menghantar senarai peserta seramai 15 orang, tetapi cuma 6 orang yang dapat hadir untuk kursus tersebut. Pelbagai alasan dan masalah yang diberikan. Ini kerana sekarang adalah musim cuti sekolah.

Para peserta berpendapat kursus tersebut sangat berguna dan berharap akan dapat menyebarkan kepada orang lain terutama kepada ibu yang baru melahirkan anak tentang kebaikkan penyusuan ibu. Juga berharap lebih ramai lagi wanita yang akan menyertai kursus seperti ini dimasa akan datang.

Kesemua ahli KRT Taman Intan yang menghadiri kursus juga mendaftar untuk menjadi ahli NGO Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Daerah Kuala Muda, Kedah. KRT Taman Intan akan membantu membiayai yuran masuk dan yuran tahunan ahli kumpulan tersebut. 

    Yuran masuk ahli        : RM 5.00
    Yuran tahunan             : RM 5.00
    Yuran seumur hidup   : RM 50.00

Peserta akan diberikan Sijil Penyertaan.

Kepada ahli wanita KRT Taman Intan yang berminat untuk menjadi ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu ini diminta menghubungi AJK Jiran Wanita. Difahamkan sebagai ahli kumpulan, ahli akan dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan diperingkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.


.