Selasa, 7 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432

.
KRT Taman Intan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua muslimin dan muslimah warga Taman Intan dan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Semoga kedatangan tahun baru hijrah 1432 ini akan memberikan dan membawakan iltizam yang lebih baik dari tahun yang baru berlalu. Kepada semua AJK Induk, AJK Jiran Warga Emas, AJK Jiran Wanita, AJK Jiran Remaja teruskan usaha murni menyumbangkan khidmat kepada masyarakat setempat terutama warga Taman Intan,  Taman Sinar Intan dan Taman Pekan Baru secara sukarela tanpa mengharapkan apa apa ganjaran atau balasan. Ibaratkan  khidmat dan kerja sukarela tersebut sebagai ibadat yang akan dibawa ke akhirat nanti.

KRT Taman Intan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih keatas segala usaha, sokongan, kerjasama serta idea untuk aktiviti KRT. Diharapkan ianya berterusan dimasa masa mendatang. Juga diharapkan semua ahli dan AJK akan dapat memberikan sumbangan berbentuk galakan, pandangan, pendapat dan cadangan bernas untuk memajukan dan menambahbaik aktiviti kemasyaratan KRT Taman Intan.