Selasa, 13 Disember 2011

Futsal - Remaja Bawah 15

Sempena dengan cuti persekolahan akhit tahun dan setalah tamat semua peperiksaan, KRT Taman Intan dengan initiatif dan usaha 'Jiran Remaja' menganjurkan Pertandingan Futsal untuk remaja di bawah 15 tahun pada hari Selasa 13 Disember 2011. Pertandingan ini diadakan untuk remaja Taman Intan dan taman berdekatantermasuk Taman Sinar Intan, Taman Pekan Baru dan Taman Emas Suria.

Pertandingan diadakan di padang bersebelahan Dewan Sri Intan, Taman Intan bermula pada jam 08.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Makanan dan minuman ringan disediakan kepada pemain. Keperluan keperluan lain termasuk bola dan wisel juga disediakan. KRT melantaik dua orang remaja sebagai pengadil perlawanan. Sebelum perlawanan bermula, pemain diberi taklimat tentang peraturan dan syarat pertandingan.

Pertandingan disertai oleh enam pasukan. Setiap pasukan diwakili lima orang pemain. Perlawanan dibuat secara kalah mati dan bermain selama 30 minit. Semua yang menyertai perlawanan ini diberikan sijil penyertaan sebagai penghargaan dan tiga pasukan teratas menerima medal.



Pertandingan atau perlawanan ini dianggap  berjaya dan ia dapat menyuntik semangat kepada remaja untuk menggunakan masa mereka pada musim cuti persekolahan ini dengan aktiviti yang berguna dan bermanfaat.

Berikutan dengan perlawanan hari ini, remaja remaja tersebut masih belum berasa puas dan memohon untuk mengadakan perlawaan bolasepak futsal secara liga. Setelah mendapat persetujuan, liga tersebut akan bermula pada 17 Disember dan akan berakhir pada 24 Disember 2011.