Rabu, 26 Jun 2013

Mesyuarat AJK Induk

AJK Induk KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat pada hari Rabu 26 Jun 2013 mulai jam 5.15 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Seri Intan Taman Intan.

Kehadiran AJK amat menggalakkan iaitu seramai 18 orang.

Mesyuarat membincangkan perkara berikut:

Kem Kesihatan

Berlanjutan dengan mesyuarat AJK Jiran Wanita dan Warga Emas pada awal bulan, perbincangan dengan Klinik Kesihatan Bakar Arang telah dibuat untuk mengadakan kem kesihatan pada hari Sabtu 06 Julai 2013 mulai jam 08.30 pagi.

Pemeriksaan kesihatan yang akan diberikan termasuk :
  • Pemeriksaan Tekanan Darah
  • BMI
  • RBS
  • Pap Smear
Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan jamuan ringan serta cenderahati kepada orang ramai yang mendaftar untuk pemeriksaan. Cabutan bertuah juga diadakan untuk menarik sambutan orang ramai.

Semua AJK terutama wanita diminta untuk menyebarkan dan mengajak ahli keluarga, rakan serta untuk datang melakukan pemeriksaan kesihatan terutama ujian 'pap smear' yang diberikan secara percuma.


Jamuan Hari Raya 2013

Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan jamuan sempena hari raya yang akan datang. Jamuan dicadangkan untuk diadakan pada hari Sabtu 17 Ogos.

Jamuan kali ini dicadangkan dan dipersetujui diadakan di kawasan rumah pengerusi iaitu di Lorong Intan B/6. Menu utama yang dicadangkan adalah nasi. Kepada ahli yang ingin membuat sumbangan kuih raya atau lain lain amatlah dialu-alukan.

AJK akan bermesyuarat sekali lagi sebelum tarikh jamuan diadakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang.