Jumaat, 7 Jun 2013

Mesyuarat AJK Jiran Wanita dan Warga Emas

AJK Jiran Wanita dan Warga Emas telah mengadakan mesyuarat pada 07 Jun 2013 pada jam 5.30 petang di Dewan Orang Ramai Seri Intan Taman Intan.

Mesyuarat adalah untuk membincangkan aktiviti mengadakan 'Pemeriksaan Kesihatan' untuk penduduk dan warga Taman Intan. Aktiviti yang diadakan setiap tahun telah tertangguh kerana PRU 13 yang telah diadakan pada bulan Mei 2013.

Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan kem kesihatan tersebut sebelum bulan puasa tahun ini. Tarikh akan ditetapkan setelah perbincangan dengan wakil atau pihak klinik kesihatan Bakar Arang diadakan. Mesyuarat juga bersetuju untuk menulis surat permohonan kepada klinik kesihatan mengenai cadangan tersebut.

Antara pemeriksaan yang akan dipohon termasuklah ujian biasa seperti berat badan BMI, tekanan darah dan kandungan gula RMS. Banyak permintaan diterima dari penduduk untuk menyediakan pemeriksaan Pap Smear untuk kaum wanita dan juga untuk mengatur mamogram. 

Semua AJK akan berusaha untuk menyampaikan mesej tentang aktiviti ini kepada penduduk agar memberi sambutan. 

Mesyuarat bersetuju memohon peruntukkan untuk perbelanjaan dari AJK Induk.