Isnin, 21 Disember 2009

Jamuan Akir Tahun untuk AJK KRT Taman Intan

Jamuan akhir tahun untuk AJK KRT Taman Intan diadakan pada Ahad 20hb Dec 2009. Pada mulanya majlis jamuan dirancang untuk diadakan di Hotel SP Inn, Sungai Petani.t etapi terpaksa dibatalkan kerana terlalu banyak function yang berjalan di hotel tersebut.

Jamuan diadakan di Cinta Sayang Golf and Country Club, Sungai Petani. KRT Taman Intan pernah mengadakan majlis jamuan disini pada tahun 2004. Suasana disini lebih menarik pada waktu malam dengan pesekitaranya yang natural.

Tempahan dibuat untuk 30 orang. KRT Taman Intan turut menjemput seorang pegawai dari JPN Kuala Muda untuk menyerikan majlis ini. Pada mulanya agak mencemaskan juga sama ada semua AJK yang dijemput tahu tentang perubahan tempat.  Walau bagaimanpun bila sampai waktu yang ditetapkan, cuma dua orang AJK yang tidak dapat hadir.

AJK yang hadir merasa terkilan sedikit kerana Pegerusi Jiran Wanita dan Jiran Warga Emas tidak dapat hadir pada jamuan tersebut atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Kedua dua mereka berada di Kuala Lumpur sejak beberapa minggu yang lalu.  Kedua dua Pengerusi meluang masa untuk menelipon  beberapa AJK dan memohon maaf kerana tidak dapat bersama pada majlis tersebut. Kebiasaannya mereka berdua menjadi penyeri majlis dan semua merasakan  mereka sepatutnya lebih diraikan kerana sumbangan mereka dalam KRT Taman Intan. Kedua dua pengerusi inilah yang paling banyak menyumbang tenaga, idea, dan masa.

Ada AJK mencadangkan agar kedua mereka diraikan pada jamuan kecil yang lain.

Majlis makan malam berlansung dari jam 8.30 malam hingga 10.15 malam. 

Semasa majlis, AJK mencadangkan untuk merancang lawatan ke Serawak sebagai salah satu aktiviti untuk tahun 2010. Pihak JPN diminta untuk mengatur dengan mana mana KRT di Negeri Serawak. Juga dicadangkan aktiviti lawatan ini digabungkan dan dibuka kepada KRT yang lain.

Majlis jamuan berlansung dengan jayanya.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Taman Intan yang telah memberikan khidmat secara sukarela untuk tahun 2010. Walaupun tidak banyak aktiviti besar yang dapat dilakukan pada tahun 2009, namun khidmat, tenaga, usaha yang diberikan amatlah dihargai. Hanya jamuan kecil ini dapat diberikan sebagai imbuhan dan balasan kepada jasa mereka.

Diharapkan semua AJK akan dapat terus memberikan khidmat mereka di tahun tahun yang mendatang. Mungkin pihak pengurusan akan menimbangkan untuk memberikan pengiktirafan kepada semua AJK dengan sijil dan surat penghargaan.

.