Rabu, 9 Disember 2009

Penyerahan Borang Permohonan Geran 2010

Borang untuk permohan Geran 2010 telah dihantar ke pejabat JPN Kuala Muda hari ini. Walaupun tarikh akhir untuk menghantar borang tersebut ditetapkan pada 15 Disember 2009, tetapi pihak JPN meminta agar borang dihantar segera. Mungkin kerana pada hujung tahun banyak kerja yang perlu disiapkan dan ramai juga pegawai yang akan menghabiskan cuti tahunan.

Semua maklumat yang diperlukan seperti senarai AJK, tarikh mesyuarat dan baki kewangan ada dalam rekod setiausaha dan bendahari. Rekod tersebut perlu disusun, diatur dan dimasukkan kedalam borang. Masalah paling sukar untuk melengkapkan borang permohonan ialah lapuran kewangan tahunan. Ia perlu tepat dan seimbang denan laouran debit/kredit yang dihantar ke pejabat JPN setiap bulan. KRT Taman Intan bernasib baik kerana sejak penubuhannya mempunyai bendahari yang amat prihatin dan cekap dalam menyediakan lapuran kewangan.

Adalah diharapkan KRT akan terus dapat geran penuh untuk tahun 2010.