Isnin, 7 Disember 2009

Kenduri Kahwin .. Perpaduan terkini

Bulan Disember adalah musim cuti sekolah. Seperti dimana mana tempat di Malaysia ini, ia juga menjadi musim untuk kenduri kahwin. Di Taman Intan tak kurang hebatnya, hampir setiap minggu ada sahaja warga taman ini mengadakan kenduri kahwin.

Warga taman yang berbangsa Melayu kebiasaannya mengadakan majlis kenduri di rumah sendiri, dengan mendirikan khemah dihadapan rumah. Kalau rumah mempunyai lorong tidak mendatangkan masalah berbanding rumah di hadapan jalan utama. Ini kerana jalan terpaksa ditutup kepada kenderaan untuk mendirikan khemah jamuan makan. Nasib baik semasa pembinaan taman ini dulu pemaju telah menyediakan jalan alternatif diantara lorong.

Dari segi perpaduan seperti mana tujuan KRT ditubuhkan, masa kenduri kahwin inilah terserlah perpaduan antara warga taman tanpa mengira kaum dan agama. Kebanyakkan warga yang mengadakan kenduri akan menjemput jiran dari bangsa lain yang tinggal dikawasan kediaman mereka. Kaum Cina dan India biasanya tidak ditinggalkan meraikan kenduri. Mereka yang dijemput datang engan keluarga. Kini diperhatikan mereka tidak lagi meraka kekok atau ganjal ketika menghadiri kenduri orang Melayu. Mereka tidak lagi segan silu bila bergaul dan bersama menikmati makanan orang Melayu.

Itulah perpaduan yang diharapkan oleh KRT Taman Intan. Diperhatikan kaum Cina, India dan Melayu akan duduk semeja dan akan bergaul, bermesra, bersembang dan bercerita sambil menikmati makanan. Mereka sudah dapat menerima dan menghayati adat dan budaya kaum lain. Ada juga tetamu orang Cina tak mau makan guna sudu dan garpu tapi makan pakai tangan. Seronok sunggoh melihat suasana sedemikian.

Orang Cina ni bila datang jemputan kahwin, beza sedikit dari orang Melayu. Bila dah habis makan dan nak balik.. tu dia …. bagi sumbangan (angpau) bukan sikit sikit. Lebih dua tiga puluh ringgit. Ini menjadi kebiasaan mereka bila dijemput menghadiri kenduri kahwin orang Cina. Kebiasaaan orang Melayu akan beri sumbangan antara lima atau habih banyak pun sepuloh ringgit je.

Walau apa pun diharapkan perkara ini diteruskan. Perpaduan antara kaum boleh diwujudkan dengan cara ini sama seperti hasrat, objektif, misi dan visi KRT Taman Intan,

Bahagian dua kenduri kahwin….. menyusul